6 Sifat Sahabat
Nabi SAW
1. Hakikat Kalimah Toyyibah
“Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah”
2. Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’
3. Hakikat Ilmu & Zikir
4. Hakikat Iqram Muslimin
5. Hakikat Ikhlas Niat
6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah
1. Hakikat Kalimah Toyyibah : لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah Iman & kalimah
Amal:
·
Kalimah Iman
adalah Laailahailallah.
·
Artinya
: Tiada tuhan melainkan Allah
Maksud dan tujuannya :
Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan didalam diri kita dan
memasukan kebesaran Allah kedalam hati kita.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Apabila di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi
dengan kalimah laailahailallah maka akan lebih berat kalimah laailahailallah
kerana tujuh petala langit dan tujuh petala bumi akan hancur pada hari kiamat
sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi.
Rasulullah saw bersabda :
“man kaana akhiru kalamihi
laailahailallah dad kholal jannah.”
Maksudnya :
Barang siapa yang di akhir hayat nya keluar dari lidah nya kalimah
laailahailallah wajib
masuk syurga.
Cara untuk mendapatkan nya :
1. Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan
segala larangannya.
2. Hendaklah memperbanyak mengucakan kalimah laailahailallah.
3. Hendaklah da’wahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita
diseluruh alam.
4. Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman didalam diri kita
serta didalam diri saudara kita diseluruh alam.
Muhammadur rasulullah
·
Kalimah Amal
iaitu : Muhammadarasulullah.
·
Artinya : Muhammad
adalah utusan Allah.
Maksud dan tujuannya:
Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini, cuma
ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah saw.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah SAW :
“Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil
jannah.”
Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku berarti ia
cinta kepadaku dan
barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga
bersamaku.
Sabda Rasulullah SAW :
“Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru
miiyati sayyid.”
Maksudnya :
Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di
zaman yang fasad
(kerosakan umat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala
mati sahid.
Cara untuk mendapatkannya :
1. Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi saw.
2. Hendaklah menghidupkan sunnah, baik sunnah yang terkecil iaitu
membuang duri dijalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berda’wah.
3. Hendaklah da’wahkan amal ini kepada saudara kita diseluruh alam.
4. Hendaklah berdo’a agar Allh swt tanamkan Hakikat Amal didalam diri kita
serta diri saudara kita diseluruh alam.
2. Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’
·
Solat, Artinya : Hubungan manusia dengan sang Kholiq (Maha Pencipta)
·
Khusyu’
Artinya : Kosentrasi
·
Khudu’
Artinya : Tertib
Tertib dibagi tiga :
1. Tertib Waktu, iaitu solat diawal Waktu
2. Tertib Tempat, solat dimana azan diazankan iaitu di Masjid
3. Tertib Cara, iaitu solat dengan cara berjamaah
Maksud dan tujuaannya :
·
Sifat-sifat didalam Solat kita bawa kedalam
kehidupan kita sehari-hari.
·
Jika di dalam Solat kita tutup aurat, maka di
luar Solat pun kita hendaklah menutup aurat.
·
Didalam Solat kita menundukan pandangan, maka
diluar Solat pun kita hendaklah menundukan pandangan.
·
Didalam Solat kita mengucapkan salam, maka
diluar Solat juga hendaklah kita
mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah saw :
Barang siapa yang menjaga Solat nya lima waktu siang dan malam
selama 40 hari
Berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka
ia akan
mendapatkan 2 kebebasan :
1. Terbebas dari siksa kubur
2. Terbebas dari sifat munafik
Barang siapa yang menjaga Solat nya maka Allah swt akan memberi 5
jaminan :
1. Akan diberi Keberkatan rezeki
2. Akan diselamatkan dari siksa kubur
3. Akan diberi catatan Amalan dari tangan kanan
4. Akan meniti titian sirat pantas seperti kilat
5. Akan masuk syurga tanpa hisab
Cara untuk mendapatkannya :
·
Hendaklah Solat diawal waktu, berjamaah, di
mana azan di azankan(Masjid).
·
Hendaklah Solat di sof yang paling depan.
·
Hendaklah da’wahkan kepada saudara Muslim
supaya solat. Manakala, yang sudah Solat hendaklah diseru Solat berjamaah.
·
Hendaklah berdo’a agar Allah SWT tanamkan
Hakikat Solat Khusyu’ Wal khudu’ didalam diri kita serta dalam diri saudara
kita diseluruh alam.
3. Hakikat Ilmu & Zikir
·
Ilmu,
Artinya : Pengetahuan
·
Maksud
dan tujuannya :
1. Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah Allah swt
dan yang mana Larangan Nya.
2. Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yan Halal dan yang
mana Haram.
3. Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat dan yang
mana Makruh.
Kelebihan atau keutamaanya :
·
Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah
lebih ditakuti syaitan dari pada 1000 orang abid (ahli ibadah) tanpa ilmu.
Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang yang berada dijalan
Allah sehingga ia kembali.
·
Barang siapa yang bersusah payah untuk
menuntut ilmu, maka Allah swt akan memberi kemudahan jalan menuju syurga.
Cara untuk mendapatkannya :
Ilmu terbagi dua Ilmu Masail dan Ilmu Fadail.
·
Ilmu Masail kita belajar dengan Ulama-ulama,
tok kiyai, ustaz mursyid, Guru-guru Agama dan sebagainya.
·
Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab,
buku-buku agama seperti buku Fadail Amal dll.
·
Hendaklah kita da’wahkan ilmu ini kepada
saudara kita di seluruh alam.
·
Hendaklah kita derdo’a agar Allah swt
tanamkan hakikat ilmu ini didalam diri kita
serta diri saudara kita di seluruh alam.
·
Zikir
Artinya : Ingat kepada Allah swt.
Maksud dan tujuannya :
Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat dan
keadaan.
Kelebihan atau keutamaanya :
1. Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup disisi Allah.
2. Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang
yang mati disisi Allah.
3. Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir,
maka ia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.
Cara untuk mendaapatkannya :
·
Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik
semasa kita berbaring atau berjalan , atau baik semasa kita duduk ataupun
berdiri .
·
Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya
300 pagi dan 300 petang: Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat
Ashar. Zikir boleh diamalkan seperti berikut ;
·
100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu
akhbar) Tanda cinta kita kepada Allah swt.
·
100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad) Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw.
·
100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim)
Tanda cinta kita kepada diri kita.
·
Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada
saudara kita diseluruh alam.
·
Hendaklah kita berdo’a agar Allah swt
tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh
alam.
4. Hakikat Iqram Muslimin
·
Artinya
: Memuliakan sesama muslim.
Maksud dan tujuan :
Tunaikan hak-hak saudara kita tanpa kita meminta imbalan.
Kelebihan atau keutamaannya :
1. Barang siapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah swt akan
menutupi aibnya didunia dan akhirat. Dan Allah swt akan menolongnya selagi ia
selalu menolong sesama muslim.
2. Barang siapa yang tunaikan hak-hak saudaranya, maka Allah swt akan
member 73 hasanah, yang mana 1 hasanah diberikan didunia ini manakala 72 lagi
diberikan di akhirat nanti.
Cara untuk mendapatkannya :
·
Hendaklah memuliakan orang tua kita,
alim-ulama, tok kiyai & guru agama.
·
Hendaklah menghormati orang yang lebih tua
dari pada kita.
·
Hendaklah menghargai orang yang sebaya dengan
kita.
·
Hendaklah menyayangi orang yang lebih muda
dari pada kita.
·
Hendaklah kita da’wahkan ‘hakikat iqram wal
muslimin’ ini kepada saudara kita diseluruh alam.
·
Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan
‘hakikat iqram wal muslimin’ ini didalam diri kita serta diri saudara kita
diseluruh alam.
5. Hakikat Ikhlas Niat
·
Artinya
: Niat yang ikhlas.
Maksud dan tujuanya :
Beramal dan berbuat sesuatu hanya semata-mata karena Allah swt.
Kelebihan atau keutamaanya :
·
Barang siapa yang beramal sebesar biji zarah
dengan niat yang ikhlas karena Allah, maka Allah swt akan memberi ganjaran
pahala seperti Gunung Uhud emas.
·
Barang siapa yang beramal walaupun sebesar
gunung Uhud, tetapi tidak dengan keikhlasan maka dihadapan Allah swt tidak
mendapatkan ganjaran apa-apa,sia-sia saja.
Cara untuk mendapatkannya :
·
Hendaklah selalu meluruskan niat kita, baik
diawal amalan/pekerjaan, dipertengahan amalan/pekerjaan ataupun diakhir
amalan/pekerjaan.
·
Hendaklah da’wahkan ‘Ikhlas Niat’ ini kepada
saudara kita diseluruh alam.
·
Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan
hakikat ikhlas didalam diri kita serta diri
saudara kita diseluruh alam.
6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah
·
Artinya
: Keluar
dijalan Allah swt.
Maksud dan tujuannya :
Untuk mengekalkan hidayah didalam diri kita dan menjadikan asbab
turunnya hidayah ke seluruh alam.
Kelebihan atau keutamaannya :
Rasulullah saw bersabda :
“Laqod atun awro atun fisabilillahi
Khairuminaddunya wama fiiha.”
Maksudnya : Sepagi sepetang keluar dijalan Allah lebih baik
daripada mendapatkan dunia beserta isinya.
“Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah.”
Maksudnya : Sesaat dijalan Allah lebih baik daripada 50 kali haji.
1. Debu-debu yang menempel di badan orang yang keluar dijalan Allah
akan menjadi perisai (pelindung) daripada asap api neraka.
2. Malaikat rela membentangkan sayap-sayapnya untuk diinjak orang
yang keluar dijalan Allah.
3. Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki dengan bumi yang
dipijak oleh orang yang keluar dijalan Allah.
4. Semua makhluk baik didaratan ,lautan ataupun udara akan memohan
ampun kepada Allah untuk orang yang keluar dijalan Allah.
5. Sesaat fikir Agama Allah lebih baik daripada 60 atau 70 tahun
ibadah sunat.
6. Satu perkataan da’wah lebih baik daripada satu tahun ibadah sunat.
Cara untuk mendapatkannya :
·
Hendaklah korbankan Diri, Masa, Harta, Wang
Ringgit untuk keluar dijalan Allah.
·
Ulama kita cakap, kita hendaklah keluar
dijalan Allah :
1. Seumur hidup 4 bulan.
2. Setahun 40 hari.
3. Setiap bulan 3 hari.
·
Hendaklah hidupkan musyawarah harian
·
Hendaklah hidupkan jaulah 1 dan jaulah 2
·
Hendaklah hidupkan ta’lim rumah dan ta’lim
Masjid
·
Hendaklah hidupkan 2 setengahjam
·
Hendaklah hadir pada malam markas
·
Hendaklah Istiqomah keluar 3 hari setiap
bulan
·
Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap
ada jemaah yang datang
Saya berazam untuk mengamalkannya .
Bagaimana dengan tuan-tuan semua ??
copas pakarhowto.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar